CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, March 31, 2009

LumRah HidUp...

Setiap hari, kita melalui peredaran masa siang dan malam. Kadang-kala itu, kita juga lihat bagaimana langit yang pada awalnya cerah, biru dan bersih tiba-tiba menjadi gelap bersama tiupan angin yang kencang. Ianya samalah seperti kehidupan kita. Adakala tenang setenang-tenangnya dan adakalanya berombak kuat porak peranda. Sesetengah orang ada kata,


“Hidup umpama roda. Kadang-kala kita di atas. Kadang-kala kita di bawah.”


Secara lazimnya memangnya kita akan berselisih faham dengan seseorang. Mesti akan adanya sedikit sebanyak masalah yang timbul. Kadang-kala isu yang kecil pun boleh menjadikan kita “kurang mesra” tidak kiralah bersama siapapun.

Tetapi apabila timbul isu seperti ini, kita perlulah sedar dan segera bertolak ansur antara satu sama lain. Ini kerana, apabila berlaku sesuatu percanggahan janganlah kita biarkan ia menjadi lebih besar. Takut nanti akan lebih memudaratkan keadaan. Jangan biarkan ego menguasai hati sebab ada pepatah mengatakan,

"Kadang kala,ego akan membataskan pemikiran dan hati"

3 comments:

ekin said...

hoiii
gapo ni..
sapo??
hahaaa
nyebok plop

aKu daN seSuatU? said...

hahhaaa...cbok lop.
xdop rrr...nati ak ctey r

ekin said...
This comment has been removed by a blog administrator.